Sebuah karya yang menggugah jiwa dan membuka minda.
Malam ini saya berpeluang menonton pementasan teater yang begitu bermakna hasil karya anak-anak seni tempatan kita. Tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan Persatuan Anak Seni Pendidikan Kelantan (ASPEK) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan atas kejayaan mementaskan naskhah yang sarat dengan nilai sejarah, identiti bangsa dan semangat cintakan tanah air.
Karya seperti ini bukan sekadar hiburan, tetapi medan pendidikan dan dapat menyemai kesedaran, membina jati diri dan mengangkat martabat seni budaya negeri kita.
#DrHafidzah
#DunKotaLama
#KitaBinaBersama











© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































